BLOGGER TEMPLATES AND Tagged Layouts »


Followers

pegunjung blog

May 19, 2011

cerita family

kelebihan anak sulung..

Ramai yang menyatakan, dibesarkan sebagai anak sulung amatlah membebankan disebabkan dipaksa menjaga adik-adik (tak termasuk makan pakai serta buang air mereka) serta anak sulung haruslah bertanggungjawab dalam keluarga. Eh, kenapa nak tengok dari sudut pandangan negatif? Mari kita bongkar sedikit kelebihan menjadi anak sulung.

Situasi dimana kononnya kita ada 3 beradik

01. Si sulung sebagai ketua dalam organisasi adik beradik.
Anak sulung biasanya adalah ketua dalam organisasi adik beradik memandangkan peluang untuk menjadi ketua organisasi keluarga adalah mustahil. Apa gila nak gulingkan bapa dan emak semata-mata nak memerintah dalam rumah? Dapat memerintah dan menguasai adik-adik sudah mencukupi. Kadangkala, arahan daripada Emak atau Abah dapat disalurkan terus kepada adik-adik (dengan amaran bahawa kerja itu akan sempurna - kalau tidak diri sendiri yang akan kena semula).

Contoh : Nak bermain dalam rumah sewaktu Emak dan Abah sedang tidur petang, si Along yang akan mengawal adik-adik dengan jerkahan dan jelingan tajam supaya adik-adik boleh mengawal diri daripada bising dan menjadikan si Along mangsa daripada dimarahi semula.



02. Latihan menjadi seorang pemimpin dan dipimpin secara teratur.
Ya. Menjadi anak sulung, kita telah disiapkan dengan moto sedia untuk memimpin dan dipimpin. Betul. Bukan sekadar untuk dipimpin atau memimpin ketika melintas jalan raya, tetapi juga latihan memimpin anak-anak buah (sebagai contoh : adik yang berderet-deret dibawah kita). Jika telah dipersiapkan daripada kecil, sudah semestinya akan menjadikan anak sulung sebagai penerima perintah dan pemerintah yang baik (bukanlah menyatakan adik beradik lain tidak bagus).

Dan ia juga menjadikan serta melatih adik beradik lain jadi pekerja atau penerima perintah yang baik. 
Contoh pengurusan organisasi yang baik
Along : Sikit lagi, sikit lagi.
Bongsu : Tak sampai lagi. Angah, tolak atas lagi.
Angah : Aku dah penat ni, cepatlah.
Along : Jangan merungut, cepat!
03. Sentiasa persiapan yang terbaik dan hampir sempurna.
Ada sesiapa di dunia ini tidak teruja mendapat anak sulung? Alangkah orang yang mengandung tanpa ikatan yang sah juga mahu menyambut kelahiran anak sulung dengan baik. Jika disebut anak sulung, segalanya pasti yang baru serta disertai dengan perasaan teruja yang merangsang adrenalin. 

Anak sulung lahir - Kecoh sekampung serta jadi bualan seluruh keluarga. Lebih-lebih lagi kalau jadi cucu sulung, memang akan sentiasa mendapat perhatian datuk dan nenek.

Anak sulung pandai merangkak, berjalan, bercakap - Habis lima album penuh dengan segala proses tumbesaran anak. Teruja katakan. Habis anak sulung diagah dan dijaga dengan baik. Bukan senang nak nampak anak membesar depan mata kan?

Anak sulung masuk sekolah/universiti - Dari masuk tadika, darjah satu, tingkatan satu, matrikulasi, universiti, segala persiapan adalah ditahap terbaik dan kualiti terjaga. Itulah anak pertama yang masuk sekolah. Ikatkan reben ketat-ketat dirambut, baju bergosok licin, beg sekolah, alat-alat tulis semua bersinar-sinar dalam beg. Mana ada dapat barang terpakai? Semua baru. Harga tak penting, mahal ke murah, yang penting anak diberi layanan baru.


Anak sulung habis belajar/mula kerja - Itulah anak pertama yang dapat masuk universiti. Itulah kali pertama dapat tengok anak hadiri majlis graduasi. Yang pertama sudah membuahkan hasil, supaya dapat jadi contoh pada anak-anak lain dibawah. Ni kadang-kadang adik nak cuit-cuit jubah graduasi pun boleh diajak bertumbuk sebab nak jaga jubah licin masa nak berarak masuk dewan. Ketawa.

Bila anak sulung dah mula kerja, ibubapa tersengih gembira. Sebahagian daripada misi menjadikan anak manusia dah tercapai. Anak hulur duit sedikit pun dah buat hati berbunga-bunga, ingat juga anak dengan jasa mereka walaupun tak pernah meminta.

Anak sulung kahwin - Ni belum pernah dilalui, tapi berdasarkan pengalaman sekeliling, memang kalau anak sulung kahwin, habis tumbang lembu, ayam, kerbau, segala macam. Kali pertama sambut menantu. Dulu tengok ibubapa sendiri yang berhabisan masa kahwin, ni sampai giliran anak sendiri, takkan mahu ketinggalan meraikan. Betul tak ibubapa di luar sana?

04 - Diberikan perhatian yang lebih (sampailah muncul adik baru)
Kebiasaannya begitu. Selagi belum ada adik beradik lain, memanglah ibubapa akan berikan perhatian secara berlebihan pada anak sulung.
Agak-agak dapat pegang begini lagi kalau kau anak kedua, ketiga dan seterusnya?
Bukan setakat berjalan pegang tangan, dapat buat segala-galanya dalam perhatian. Kalau tidak, takkanlah album gambar anak sulung sampai terkeluar-keluar dari almari sebab penuh sangat kan? Itu tak termasuk kalau ada rakaman video, memang makan hati anak bongsu tengok. Lagi-lagi sekarang semua dah guna kamera digital, apa kau ingat Abah dan Emak rajin nak pergi cetak gambar tu? Tengok dalam komputer sudah.



05. Dapat rasa segala-galanya buat kali pertama - Perasmi.
Dari pakaian, mainan sampailah segala macam benda yang diperturunkan kepada adik beradik lain, anak sulung adalah perasminya. Lagi-lagi kalau anak sulung seorang yang cermat, memang adik-adik makan hati tak dapat beli barang baru disebabkan anak sulung jaga barangnya dengan baik.
Budak kecil mana boleh beri mainan baru sebab dia tak padai guna lagi
Adik : Mak, kenapa tak dapat beli mainan baru macam anak Pak Long?
Mak : Sebab mainan Along boleh pakai lagi. Mainlah sama-sama.
Adik : Nak beli yang baru!
Mak : Kan mainan tu boleh guna lagi.
Adik : (patahkan mainan Along) Dah rosak.
Along : Mak, adik rosakkan mainan Along!
Mak : Meh sini! (kejar adik satu rumah)
hahahaha.. itu sjela yg aku nk share..rs mcm ad lg.. huhu.. papepun sya bersyukur dilahirkan dan dibesarkan sebagai anak sulung..^_~ hihihi.. bukanya nk kte ank last ni malang cuma ank sulung ni lebih ckit kot advantage..hehehe.. (kang xpsl2 kna boikot ngn ank last..) just 4

0 comments: